by Sudan Ajang. Posted on July 23, 2011, Saturday
Utusan Borneo Online
Kementerian perlu timbang peruntukan lebih jika mahu tingkat prestasi sekolah, pelajarUtusan Borneo Online
MIRI: Kementerian Pelajaran perlu mempertimbangkan lebih banyak peruntukan kepada sekolah khususnya di Sarawak bagi memastikan sekolah itu dapat ditadbir dengan baik sekali gus meningkatkan prestasi pelajar.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Gani Bina berkata, kementerian kerap menyeru dan mendesak guru-guru dan pihak sekolah melakukan yang ter- baik untuk kecemerlangan dalam akademik, namun ‘kedekut’ dalam memberi peruntukan.
![]() |
| Gambar Hiasan - Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Gani Bina |
Ujarnya, sekolah merupakan perkara asas di dunia dan sangat kompleks berbanding mana-mana isu lain di muka bumi.
“Kementerian harus menyediakan peruntukan yang mencukupi kepada sekolah-sekolah tanpa mengira sama ada kita negara miskin atau kaya. Hanya melalui peruntukan yang mencukupi, barulah sekolah itu dapat diuruskan dengan berkesan dan mencapai prestasi cemerlang seperti yang dihendaki,” katanya.
Ujarnya, Sarawak mempunyai 1,266 sekolah rendah dan 179 sekolah menengah dengan jumlah guru seramai 25,000 mengajar di sekolah rendah manakala 15,000 di sekolah menengah.
“Jumlah pelajar besar, jumlah sekolah besar, jumlah ibu bapa pun besar, bukan senang untuk menguruskan sekolah-sekolah di Sarawak. Banyak yang perlu diutamakan untuk memastikan sekolah ini dapat bersaing.
“Tiga perkara utama itu ialah pentadbiran, perasaan bersama dan kepunyaan terhadap sekolah. Sekiranya ketiga-tiga aspek ini diberi tumpuan, barulah sekolah kita dapat cemerlang,” kata-nya.
Dalam perkembangan lain, William Gani berkata negara ini harus mencontohi negara seperti China dan Jepun yang menggunakan pakar pendidikan dalam menentukan dasar pendidikan negara.
“Peliknya, kita di sini menggunakan ahli politik dan parti dalam menentukan dasar pendidikan. Maknanya, parti politik tertentu yang menentukan dasar pendidikan yang disukai,” ujar beliau lagi.
Beliau menambah, sebagai contoh dasar pendidikan yang tidak mengutamakan pembelajaran bahasa Inggeris me-nyebabkan pelajar sukar untuk menguasai kemahiran bahasa itu menyebabkan mereka gagal mendapat peluang pekerjaan yang baik.





7 comments:
bukan sahaja di sarawak, kita di sekolahpun berhadapan dengan masalah yang sama, selalunya sekolah tak ada duit..kadang-kadang berhabis beratus untuk buat program. Contohnya pasal hoki. Nak sewa turf saja pun dah berapa. boleh pula orang-orang bijak pandai kat sekolah cakap, main jelah kat atas padang. Free je!! Sabo jelah
ckLah baru selesai (tugas terakhir) menguruskan pasukan drama dengan segala susah payah dari segi bajet untuk prop (maklumlah sekolah premier). Baru saja selesai menyertai kejohanan Taekwondo remaja daerah (juga tugas terakhir) yang selama ini murid bayar sendiri bayaran kepada jurulatih profesional, beli sendiri kelengkapan yang mahal.
Lepas tu tengok di TV, nampak Datin Rosmah dengan bangganya mengumumkan Koir Permata Negara dapat pergi ke Vienna beberapa hari....mewah mereka kan!!! Macam tulah baru senang nak urus...
Assalamualaikum Cikgu,
Sekali air bah sekali pantai berubah.
Begitulah juga sistem pendidikan kita.
Imanshah..
Semoga dengan N3 ini diharap semua kita faham dengan situasi sekarang. Bukan sengaja pihak pentadbiran tidak membenarkan itu dan ini tetapi ada kekangan kewangan..
CkLah..
Selamat berhijrah.. Hadapi cabaran di tempat baru dengan hati yang cekal dan penuh tabah..
Kunang-kunang,
Semoga mereka yang berkenaan dan berkuasa itu tetap pendiriannya..
zaman serba serbi kena potong.. kalau kena potong 30%, maknanya kerja juga kurang 30%
Post a Comment